Friday, 27 November 2015

Samseng gila talak ditangkap

Mazlan (tengah) menunjukkan sepucuk pistol jenis Baretta yang ditemui tersorok di bawah bantal tidur seorang penjenayah di Kampung Kulim, Pasir Puteh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang penjenayah yang dikehendaki polis di tiga buah ne­geri sejak empat tahun lalu berjaya ditahan polis pada Jumaat lepas selepas dia bertindak mengugut bekas isterinya dengan membakar peluru di hadapan rumah mangsa di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat sini. 

Ketika serbuan dilakukan pada pukul 4 petang hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Kelantan di sini mendapati suspek berusia 30 tahun itu sedang tidur di rumah bekas mertuanya di kampung berkenaan. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek itu yang menyedari kehadiran polis untuk menangkapnya kemudian cuba melarikan diri dari rumah tersebut. 

“Suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dengan anggota polis yang kemudian berjaya menangkapnya. Pemeriksaan rapi berjaya menemui sepucuk pistol Baretta buatan Itali yang disorok di bawah bantalnya. 

“Dalam kelopak pistol itu, terdapat 15 butir peluru hidup jenis 9mm Luger AP 15. Sebutir peluru lagi berada dalam laras pistol. Dengan kata lain, suspek memang sudah bersiap-sedia untuk melepaskan tembakan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab. 

Mazlan berkata, pada 2011, suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memotong tangan seorang lelaki namun dia menghilangkan diri selepas mahkamah membenarkan jaminan ke atasnya. 

Beliau berkata, bagi mengelakkan dirinya ditahan pihak polis, suspek hidup berpindah-randah dan dia pernah melakukan ugutan bagi meminta bekas isterinya berusia 20-an rujuk semula kepadanya pada 24 Ogos lalu. 

“Lelaki berasal dari Machang itu seolah-olah gila talak apabila mengamuk dengan menunjukkan sifat kelakian di hadapan rumah bekas isteri­nya di Pasir Puteh apabila membakar peluru hidup. Artikel Penuh:

sumber : kosmo.com.my/

No comments: