Selepas 17 bulan lamanya tragedi pesawat
MH370 Malaysia Airlines MAS dikatakan hilang terhempas, akhirnya
Perdana Menteri, Najib Razak tampil membuat pengumuman di mana
mengesahkan serpihan pesawat yang penyiasat jumpa di Pulau reunion
adalah milik kapak terbang Malaysia Airlines MH370.
Berita terkini MH370 melibatkan
pengumuman Najib Razak telah dilakukan pada 2 pagi tadi di Pusat
Dagangan Antarabangsa PWTC. Diharapkan dengan pengumuman dan penemuan
demi penemuan akan melegakan sedikit sebanyak beban yang terpaksa
ditanggung oleh waris mangsa penumpang MH370 selama ini.
Takziah kepada mana-mana pihak yang terlibat. Diharapkan dengan berita
terkini MH370 ini, akan lebih banyak bahan bukti yang boleh dijumpai
sekaligus merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 selama ini
termasuklah kota hitam MH370.
Datuk Seri Najib Razak juga boleh meluangkan masa untuk merungkai
misteri derma RM2.6 bilion yang terus menjadi tanda-tanya rakyat
Malaysia pada ketika ini. Jangan dibiarkan tergantung begitu lama.
Ya Allah Ya tuhanku yang Maha Besar, tunjukkanlah kami kebenaran.
sumber : beritasemasa.com.my
No comments:
Post a Comment