Ah Seng menunjukkan resit di mana sejumlah wang telah tersalah masuk
pihak bank ke dalam akaun peribadi miliknya.
SUNGAI PETANI - Seorang peniaga kedai kopi terkejut apabila mendapat
panggilan dari sebuah bank tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke dalam
akaun peribadi miliknya Khamis lalu.
Ah Seng, 28,
(bukan nama sebenar) dari Padang Temusu di sini menjelaskan dia membuat urusan
di bank terbabit pada 27 April lalu, namun tidak langsung menyedari kesilapan
yang berlaku.
"Selepas
habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah
yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.
"Seperti
biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin
keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1
Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun,"
katanya.
Katanya, hampir jam 4 petang Jumaat lalu, pihak bank ada hubunginya
memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar peniaga itu memulangkan
wang tersebut.
Ah Seng kemudian
memeriksa semula resit pengeluaran yang dilakukan lebih awal yang masih dalam
simpanan dan membuat pemeriksaan akaun secara atas talian namun terkejut
mendapati jumlah baki di bank ialah RM98,688.55.
Disebabkan berada
di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja
pulang ke Sungai Petani.
"Pagi semalam
(Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan
baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.
"Pihak bank
kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas
kesilapan,"katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment