GrabCar perkhidmatan e-hailing yang semakin dikenali di negara ini, menyasarkan
peningkatan dua kali ganda tahun ini.
Ketua Negara Grab
Malaysia, Sean Goh berkata, setakat ini Grab berada di lima bandar sejak
diperkenalkan di Malaysia.
“Kami sasar jumlah
itu bertambah dua kali ganda tahun ini.
Mengulas ganjaran itu, Goh berkata, sebagai tanda menghargai penumpang,
Grab mewujudkan satu lagi peluang kepada penumpang.
“Ia program
ganjaran pertama pernah dilakukan kepada penumpang e-hailing sebagai tanda
menghargai mereka kerana mempercayai perkhidmatan Grab.
“Semakin banyak
pengguna guna Grab, maka semakin banyak mata terkumpul, penumpang berpeluang menebusnya,”
katanya.
Jelasnya, Grab ada
20 rakan kerjasama program GrabReward dengan peringkat mata terkumpul.
“Kami sediakan
peringkat silver, gold dan platinum berdasarkan mata terkumpul oleh penumpang
yang boleh disemak pada bahagian ganjaran di aplikasi Grab.
“Antara tempat
boleh tebus mata ialah di Tesco, Happy Fresh, myBurgerLab, Forever 21, Flower
Chimp, Zalora dan dahmakan,” katanya.
Goh berkata, mata
ganjaran diberikan berdasarkan cara pembayaran penumpang sama ada secara kad
kredit atau tunai.
“Untuk RM1
bersamaan 10 mata bagi pengguna kad kredit. Pengguna tunai, mata lebih sedikit
RM1 iaitu bersamaan lima mata,” katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment