Sunday 5 July 2015

Siasat segera dakwaan dana 1MDB

KUALA LUMPUR - Siasatan segera harus dijalankan oleh pihak berkuasa ke atas laporan AS$700 juta deposit milik badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, dakwaan sebuah portal yang mengatakan sejumlah dana milik 1MDB berakhir ke dalam akaun perdana menteri merupakan satu tuduhan yang berat, selain membabitkan imej negara.

"Kalau benar seperti yang didakwa oleh  laporan portal tersebut, kami mohon pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut dengan segera ke atas pemimpin negara kita.

"Kalau portal tersebut didapati menyebarkan maklumat palsu, kami mohon pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas portal tersebut serta penyebar maklumat yang telah mencemarkan maruah dan integriti negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, petang ini.

Portal The Wall Street Journal kelmarin melaporkan pihak yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang dipeoleh dari akhbar kewangan antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Setakat ini saya sudah bertemu dengan pegawai penyiasat polis untuk diambil keterangan. Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara telus.‎

"Kami mahu tindakan tegas diambil ke atas kes ini. Adakah laporan ini benar atau salah. Jika laporan itu benar, ambil tindakan. Bagi saya ia sangat jelas bahawa tindakan yang menyalahi tatacara pengurusan wang negara. Kalau laporan itu salah, pihak berkuasa perlu ambil tindakan ke atas penulis artikel kerana ia adalah laporan berunsur fitnah," katanya lagi.

Kapsyen: Kamaruzaman (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi hari ini.‎

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :

No comments: