Saturday, 16 January 2016

Harga minyak terus menjunam


HARGA minyak dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh 12 tahun minggu ini apabila dipasarkan pada harga AS$29.86 (RM132.1).

LONDON, United Kingdom – Ekonomi global diselubungi suasana panik dan cemas apabila harga minyak terus merudum di bawah paras AS$30 (RM132.7) setong semalam menyebabkan pasaran saham dunia menjunam untuk tiga minggu berturut-turut.

Saham di Eropah jatuh lebih daripada satu peratus, menuju kembali kepada paras terendah untuk tempoh 13 bulan kelmarin, manakala saham Asia merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun setengah.

Harga minyak Brent yang menjadi rujukan pasaran Asia dan Eropah mula menjunam pada Rabu lalu mencecah paras terendah dalam tempoh 12 tahun sekitar AS$29.73 (RM130.6) setong. Ia paras terendah sejak Februari 2004.

Selepas menunjukkan sedikit peningkatan kelmarin, lambakan bekalan minyak menyebabkan harga minyak kembali merosot.

Setakat petang semalam, minyak mentah jatuh tiga peratus kepada AS$29.86 (RM132.1) menuju kerugian mingguan lebih 10 peratus.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: