MUNGKIN ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk
mengasingkan kegunaan dengan telefon peribadi atau ingin memberikan
hadiah kepada mereka yang tertentu.
Tetapi masalah terbesarnya tidak mempunyai bajet yang
mencukupi. Jangan risau, kami akan memberikan anda 5 senarai telefon
pintar terbaik untuk dimiliki dengan harga bawah RM300 dan pastinya
memuaskan pengguna.
1- Asus Zenfone C
Zenfone C merupakan telefon pintar yang menduduki tempat pertama
kerana mempunyai keseimbangan dari segi spesifikasi, fungsi, rekaan dan
nilai harga penjualannya. Zenfone C lebih berkuasa dari segi kamera
dengan fungsi autofokus dan kebolehan merakam video setinggi 1080p. - Harga Original: RM288
2- Lenovo A1000
Telefon ini merupakan peranti yang cukup laju bagi sebuah peranti
bajet. Ia hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai kapasiti
memori dalaman sebanyak 8GB. Pengguna telefon ini dijamin mendapat
penggunaan terbaik kerana Lollipop memerlukan hardware yang cukup
berkuasa untuk beroperasi. - Harga Original: RM249
3- Microsoft Lumia
Telefon ini hadir dengan antaramuka Live Tiles yang ringkas
dan sangat minimalis. Ia juga terkenal dengan pengoperasian yang lancar
walaupun mempunyai spesifikasi yang rendah. Telefon ini mempunyai
masalah kemaskini kerana tidak diberikan sistem kemaskini selari dengan
android dan iOS. - Harga Original:RM250
4- Lenovo A616
Peranti ini menyediakan paparan skrin seluas 5.5 inci yang menjamin
kepuasan bagi mereka yang menyukai paparan yang besar dan jeas. Bukan
itu sahaja, ia merupakan satu-satunya telefon dalam senarai ini yang
hadir dengan sokongan LTE untuk pelayaran pantas, 4G. - Harga Import/Ap: RM199
5- Samsung Galaxy V Plus
Samsung merupakan jenama telefon yang cukup gah masa kini dan juga
merupakan jenama paling popular dengan pegangan market share sebanyak
22.5%. Peranti Galaxy V Plus ini merupakan keluaran terkini yang membawa
ciri-ciri asas dan hadir dengan paparan skrin seluas 4.0 inci. - Harga Original: RM289 - mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment