
HALAMAN rumah mangsa mempunyai kesan letupan
dipercayai molotov cocktail yang dibaling oleh ah long di Taman Tasik Permai,
Miri kelmarin.
SIBU – Gara-gara abang berhutang dengan ah long dan menghilangkan diri,
rumah adiknya yang berusia 30-an di Taman Tasik Permai di sini menjadi sasaran
apabila dua kali dibaling bom buatan sendiri jenis molotov cocktail pada Jumaat
dan kelmarin.
Dalam kejadian kedua pukul 4 pagi kelmarin, wanita yang juga ibu kepada dua
anak itu terkejut daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat di luar
rumah.
Menurut sumber, akibat letupan molotov cocktail itu, separuh daripada
halaman rumahnya terbakar, namun tindakan pantas wanita berkenaan memadamkan
kebakaran menggunakan alat pemadam api berjaya mengelakkan kejadian tidak
diingini berlaku.
“Kejadian pertama berlaku pada pukul 7 pagi Jumaat, namun hanya kasut yang
diletakkan di luar rumah sahaja terbakar.
“Mangsa percaya kedua-dua kejadian berpunca daripada hutang abangnya
berjumlah RM60,000 daripada sekumpulan ah long,” katanya ketika dihubungi di
sini semalam.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment