Sunday, 15 November 2015

Facebook buang laman sosial Alvin Tan


KENYATAAN Alvin menerusi sebuah akaun media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakan Facebook membuang laman akaunnya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Facebook dilaporkan telah membuang akaun laman sosial Alvin Tan sehari selepas dia menghina umat Islam dengan memuat naik gambar bersiri menunjukkan blogger lucah itu menggunakan kitab suci al-Quran sebagai kertas tandas. 

Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang kini mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat mengesahkan perkara tersebut menerusi laman profil sebuah lagi akaun media sosial miliknya semalam. 

“My VERIFIED BADGE Facebook Page has been permanently banned (Laman Facebook VERIFIED BADGE saya diharamkan untuk selamanya,” katanya semalam. 

Dalam gambar berkenaan, dia dilihat menggunakan helaian al-Quran untuk membuang najis dan menya­takan membaca kitab itu di dalam tandas adalah hobinya. 

sumber : kosmo.com.my/