Saturday 21 November 2015

Bangunan Tertinggi Dunia Seterusnya Akan Dibina di Iraq

Sebuah bandar yang kaya dengan hasil minyak di Iraq kini dalam perancangan untuk membina menara gergasi yang akan mengalahkan menara Burj Khalifa di Dubai.

Menara yang dipanggil 'The Bride' itu dijangka berketinggian 3,162 kaki dan mempunyai 241 tingkat. Ini sekaligus mengalahkan ketinggian Burj Khalifa yang berketinggian 2,722 kaki.

Menara 'The Bride' juga dijangka mempunyai satu ciri yang unik, iaitu ia akan menggunakan tenaga dari matahari untuk beroperasi.

Menurut arkitek dari AMBS Arhictect; pihak yang bertanggungjawab mereka bentuk 'The Bride'; menara ini akan menjadikan menara-menara tertinggi dunia sebelum ini sebagai 'sejarah'.


sumber : Siakapkeli.my

No comments: