Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu The Star bahawa
seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan
tulisan "Bernard Then Ted Fen" di Marina Street di Jolo kira-kira
pukul 8.30 malam Selasa.
Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil
kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.
"Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk
ujian pemeliharaan dan DNA," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran
Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang
berlangsung.
"Kami masih menyiasat," katanya sambil menambah bahawa hanya ujian
DNA dapat menentukan kematian Then.
sumber : mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment