Ini kerana, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan
Maklumat Kebangsaan (Now), Rafizi Ramli persoalan sekarang bukan dari mana wang
itu datang sebaliknya ke mana dana itu dibelanjakan.
Kata Rafizi lagi, sebagai salah sebuah yayasan kebajikan orang miskin,
Yapeim mesti sentiasa mengambil pendekatan yang betul.
Menurutnya lagi, setiap sen yang disumbangkan oleh orang ramai seharusnya
disalur terus kepada orang miskin sebelum dibelanjakan oleh Yapeim sendiri.
Ditanya mengenai tindakan saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom, Rafizi berkata, itu merupakan hak Jamil Khir untuk
mengambil tindakan undang-undang.
"Apabila yayasan ini dilihat boros dan membelanjakan wang secara
berlebih-lebihan. ia sudah jadi soal moral. Sekarang ini, Jamil Khir ingin
mengambil jalan mahkamah dan undang-undang, itu hak dia.
"Tetapi dia masih tidak dapat jawab soal moral yang dikemukakan oleh
Akmal (Pengarah Strategi Now, Akmal Nasir) dan juga rakyat," katanya
ketika ditemui Sinar Online di pekarangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Yapeim telah mengeluarkan sejumlah RM 453
juta bagi tujuan program pembangunan sosioekonomi dan dalam tempoh tersebut,
sumbangan amal jariah melalui skim pemotongan gaji dan skim pemotongan lain
hanya berjumlah RM 334 juta.
Sementara itu, katanya, sejumlah RM 118 juta lagi adalah jumlah penambahan
dari Dana Perniagaan Yapeim.
sumber : sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment