Kesemua suspek warga tempatan termasuk empat wanita berumur antara 19 dan 40
tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur semalam, termasuk di
kafe di Jalan Doraisamy, kelab di Jalan Tun Razak dan rumah kedai di Cheras.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian
kira-kira 6 petang itu, mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 63 tahun
diculik oleh tiga lelaki menaiki kereta ketika wanita itu sedang mendapatkan
rawatan di pusat rawatan tradisional di Kelana Jaya.
“Ketika kejadian, tiga pekerja di pusat rawatan berkenaan cuba menghalang
tetapi seorang daripada mereka telah dipukul oleh suspek menggunakan topi
keledar. Mangsa telah ditahan di rumah di kawasan Cheras,” katanya dalam sidang
media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.
Menurut Abdul Samah, suspek turut meminta wang tebusan RM2 juta daripada
keluarga mangsa sebagai syarat untuk melepaskan wanita itu.
Pada kira-kira 10 malam, Isnin lalu, keluarga mangsa membayar wang tebusan
RM2 juta kepada suspek dan sekitar 10 malam hari sama, mangsa dibebaskan di
Stesen LRT Bandar Baharu Sentul, Kuala Lumpur, katanya.
Abdul Samah berkata, susulan pembebasan mangsa pasukan khas polis yang
ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, menangkap empat lelaki di rumah kedai di
Taman Bukit Anggerik, Cheras, kira-kira 12.45 pagi pada Selasa.
Turut dirampas daripada suspek ialah wang tunai RM10,740 selain sebilah
parang, seutas tali digunakan untuk mengikat mangsa, tiga buah topi keledar
serta pakaian dipakai suspek ketika kejadian.
Pada masa sama, katanya, satu lagi pasukan khas polis telah melakukan
serbuan di kafe di Jalan Doraisamy dan menangkap lima lelaki termasuk perancang
utama kes culik itu serta empat wanita pada kira-kira 1 pagi.
Beliau berkata, turut dirampas daripada suspek terbabit ialah wang tunai
RM514,270, 11 telefon bimbit, sepucuk pistol tiruan dan dua buah kereta Toyota
Altis dan Toyota Estima yang digunakan ketika menculik mangsa. “Pada masa sama juga, satu lagi pasukan khas polis telah menangkap seorang lelaki di kelab di Jalan Tun Razak kira-kira 1 pagi dan turut merampas wang tunai RM197,700, kereta dan telefon bimbit daripada suspek.
“Keseluruhan wang tebusan yang berjaya ditemui semula berjumlah RM722,670 dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan baki wang tebusan RM2 juta itu.
“Kita percaya kes ini berjaya diselesaikan berikutan kesemua 14 suspek terlibat secara langsung dan tidak langsung berjaya ditangkap. Kita juga masih siasat sama ada kumpulan ini ada terlibat dengan kes culik yang lain,” katanya sambil menambah seorang daripada suspek ada dua rekod kesalahan lampau iaitu samun dan pecah rumah.
Mengenai perancang utama kes culik itu, Abdul Samah berkata lelaki berusia awal 40-an terbabit juga terlibat dalam perniagaan dan pihaknya sedang menyiasat status perniagaan suspek.
Tambah beliau, kesemua suspek kini direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.– Bernama
sumber : mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment