Tuesday, 17 November 2015

NOW Dakwa Yapeim Guna Dana Anak Yatim Untuk Dua Kursus Kahwin di Perancis


SUNGAI BESI: National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini membuat dakwaan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah menggunakan RM290,000 bagi membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (Pemangkin). 

Ketua Pegarah NOW, Akmal Nasir berkata kedua-dua program terbabit diadakan pada hujung 2014 dan awal 2015. 

"Aktiviti pertama dikenali sebagai 'Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan kos RM176,500. 

"Pembiayaan kedua dibuat atas nama 'Program Transformasi Warga Santun Kelab Santun Eropah' yang berlangsung dari 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan kos RM113,500," kata Akmal memetik laporan dari Astro Awani. 

Tambah Akmal lagi, kedua-dua program tersebut hanya melibatkan 100 orang peserta yang terdiri dari rakyat Malaysia yang menetap di Perancis. 

"Apakah kewajaran YAPEIM bagi pengajuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM290,000? 

"Tidak adakah anak yatim atau orang miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk dibantu YAPEIM?" soal Akmal.

sumber : Siakapkeli.my

No comments: