Monday 16 November 2015

Gambar: Baling Mulai Reda, Banjir Di JB & Shah Alam Baru Nak Mula


HUJAN lebat yang berterusan di beberapa tempat terutama di Kedah, Pahang dan kini Johor Bahru, menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir teruk. 

Bagaimanapun banjir yang bermula di Baling, Kedah awal bulan ini semakin pulih apabila ramai penduduk dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih 300 orang daripada sembilan kampung di sana terpaksa mendiami pusat pemindahan. 

Keadaan di Raub juga dilaporkan kian baik di mana 258 orang daripada 70 keluarga yang menetap di pusat pemindahan banjir dibenarkan pulang selepas air mulai surut. 

Keadaan berbeza di Johor Bahru yang masih belum menunjukkan tanda-tanda banjir akan reda, terutama di lokasi sekitar Komtar, JBCC dan JB City Square di Jalan Wong Ah Fook. 

Sejak 12.30 hari tadi, keadaan laluan di sekitar Johor Bahru dilaporkan sesak dan orang ramai tidak digalakkan masuk ke kawasan bandar. 

Berikut dikongsikan gambar kejadian banjir di Johor pada hari ini (16 Nov) yang dikongsikan di Facebook Johor ThePhotoshooterz dan Pasir Gudang Johor Darul Takzim. 

Dilaporkan, beberapa kawasan di Shah Alam terutama di hadapan AEON Jusco Seksyen 13, sekitar stadium Shah Alam, tol Bukit Jelutong dan di sekitar TTDI Jaya juga sedang dinaiki air. 

Orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perancangan ke kawasan yang terlibat sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

 

 

 

 

 


sumber : mynewshub.cc/

No comments: