Begitulah nasib bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Hafiz Zuharman,
yang sejak lahir ‘berumah’ di Unit Rawatan Rapi Pediatrik di Pusat Perubatan
Univerisiti Malaya (PPUM).
Menurut ibunya, Siti Zubaidah Ramli, 33, ketika usia kandungannya enam
bulan, doktor mengesahkan bahawa anak tunggalnya itu menghidap penyakit
berkenaan.
Saya ke hospital untuk memeriksa jantina anak di dalam kandungan, tetapi jantina Hafiz ketika itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaan ususnya yang terkeluar.
"Pada April lalu, saya terpaksa melakukan pembedahan kerana tidak dapat melahirkannya secara normal dan sejak tujuh bulan lalu, saya dan suami berulang-alik ke PPUM kerana Hafiz terpaksa ditempatkan di wad," katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Menurutnya, Hafiz terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas dan tiub untuk memasukkan susu ke dalam badannya setiap tiga jam sekali.
Siti berkata, Hafiz juga perlu menjalani rawatan fisioterapi kerana usus yang terkeluar dari perut menyebabkan pergerakkannya terbatas.
"Fisioterapi dibuat untuk Hafiz menggerakkan badannya memandangkan ususnya yang terkeluar menyebabkan dia tidak dapat meniarap dan duduk.
"Hafiz juga susah bernafas serta tidak mengeluarkan suara ketika menangis. Saya risau komplikasi terhadap paru-paru yang boleh menyebabkan dia bisu," katanya.
Menurutnya, kos rawatan penyakit itu tinggi sehingga menyebabkan bil rawatan anaknya tertunggak sebanyak RM30,000, malah Hafiz turut memerlukan mesin seperti alat bantuan pernafasan untuk digunakan jika dia dibenarkan pulang kelak.
"Pendapatan saya dan suami kurang RM3,000 sebulan. Perbelanjaan Hafiz pula lebih daripada RM5,000 sebulan menyebabkan bil rawatan Hafiz sehingga kini masih tertunggak melebihi RM30,000. “Saya dan suami buntu untuk mencari wang menampung perbelanjaan Hafiz dan bil rawatan yang tertunggak itu,” katanya.
Sesiapa yang mahu membantu boleh menghubungi Zuharman ditalian 011-1995 6074 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB, Zuharman Che Soh di nombor akaun 7616249251.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment