Tuesday, 17 November 2015

Gaji Pekerja Swasta Naik dan Kenaikan Elaun : Najib Syor Syarikat Swasta Tingkatkan Kongsi Keuntungan Dengan Pekerja!


Bukan semua gaji pekerja swasta tinggi di Malaysia. Bukan semua pekerja swasta yang akan menikmati jaminan bonus setiap tahun. Ada yang tidak pernah merasa kenikmatan bonus tahunan pun ada. 

Dan juga bukan semua majikan mendapat pulangan yang lumayan. Ada yang tercungap-cungap untuk bernafas, sukat dan sekat sana sini bagi meredakan lambungan kos operasi perniagaan dan syarikat mereka pada ketika ini. 

Bukan semua pekerja swasta yang ada kekuatan untuk membuat tuntutan elaun mereka naik lagi. Bukan semua pekerja mampu tersenyum lebar di saat ekonomi Malaysia tidak menentu. Masih mampu meneruskan tugas dan pekerjaan yang sedia sudah cukup bertuah, di saat di luar sana masih lagi berkeliaran di sana sini di seluruh Malaysia dan di sekeliling bangunan, pejabat untuk mencari peluang pekerjaan kalau ada. 

Tetapi tidak dinafikan juga ada majikan yang bertindak menekan pekerja swasta bawahannya dengan memebrikan gaji dan elaun yang rendah, asalkan mereka dapat memaksimakan seberapa banyak keuntungan syarikat setiap tahun. Tetapi angka dan statistiknya masih lagi menjadi persoalan. 

Mungkin Datuk Seri Najib Razak ada jawapannya dan angka? Mungkin?

Syor Najib Razak : Gaji Pekerja Swasta dan Elaun Naik?


Ini kerana Datuk Seri Najib Razak mahukan beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap syarikat dan majikan di Malaysia supaya :

  • Majikan dan syarikat meningkat perkongsiaan keuntungan syarikat sebanyak 40 peratus berbanding 34 peratus pada ketika ini daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK Malaysia
  • Dalam erti kata lain, bermula pada sekarang syarikat perlu membuat semakan semula gaji dan elaun untuk pekerja swasta mereka tanpa kompromi daripada produktiviti syarikat

Persoalannya berapa ramai majikan di Malaysia mahu ikut nasihat dan syor daripada Datuk Seri Najib Razak? 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: