KENYATAAN Alvin menerusi sebuah akaun media sosial
yang tidak berpuas hati dengan tindakan Facebook membuang laman akaunnya
baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Facebook dilaporkan telah membuang akaun laman sosial Alvin
Tan sehari selepas dia menghina umat Islam dengan memuat naik gambar bersiri
menunjukkan blogger lucah itu menggunakan kitab suci al-Quran sebagai kertas
tandas.
Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang kini mendapatkan suaka
politik di Amerika Syarikat mengesahkan perkara tersebut menerusi laman profil
sebuah lagi akaun media sosial miliknya semalam.
“My VERIFIED BADGE Facebook Page has been permanently banned (Laman Facebook
VERIFIED BADGE saya diharamkan untuk selamanya,” katanya semalam.
Dalam gambar berkenaan, dia dilihat menggunakan helaian al-Quran untuk
membuang najis dan menyatakan membaca kitab itu di dalam tandas adalah
hobinya.
sumber : kosmo.com.my/
1 comment:
hermes bags
kd 11
kyrie 6 shoes
zx flux
goyard handbags
air max 270
off white
timberland outlet
kd shoes
golden goose
Post a Comment