ANGGOTA polis mengangkat salah satu
mayat daripada tiga mangsa yang meninggal dunia selepas sebuah treler merempuh
tujuh buah kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan
berhampiran Tol Simpang Pulai, Ipoh.
IPOH – Tiga lelaki terkorban dan lima lagi cedera selepas sebuah treler membawa muatan simen merempuh tujuh buah kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai di sini semalam.
Dalam kejadian ketika hujan renyai-renyai pada pukul 9.30 pagi itu, seorang penunda kenderaan, Mohd. Fazli Malijan, 38, dan anak bongsunya, Muhammad Shamsul, 15 serta sepupunya, Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, 15, yang berada di tepi lebuh raya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira milik Mohd. Fazli berdiri di tepi lebuh raya bagi menawarkan bantuan kepada pemilik kereta Honda Accord yang terlibat dengan satu lagi kemalangan.
Turut berada di lokasi nahas itu adalah sebuah kereta polis jenis Proton Preve dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang dinaiki oleh Sarjan Alias Osman bersama seorang lagi jurugambar yang menyiasat kemalangan melibatkan kereta tersebut.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment