Bisnes dan perniagaan emas hitam hari
ini aka petroleum cukup “brutal” disebalik permainan politik terutamanya
kartel minyak padang pasir seperti Arab Saudi yang berusaha keras untuk
mengekalkan kuasa pasaran minyak mentah di dunia.
Lebih-lebih lagi sasaran Arab Saudi adalah syarikat carigali minyak di Amerika.
Akibatnya, ia membuatkan lebih ramai pemain industri minyak terduduk dan merasai bahangnya termasuklah Petronas.
Sejarah telah mencatatkan harga minyak
dunia hari ini sebagai antara yang paling buruk dalam sejarah harga
minyak dunia. Harga minyak dunia jenis crude telah jatuh mendadak
sebanyak 70 peratus sejak pertengahan tahun 2014 lagi kepada sekitar 30
dollar setong hari ini. Dalam tempoh 30 tahun terakhir, harga minyak
dunia dicatatkan berlkau kejatuhan sebanyak 4 kali iaitu:
- Pada tahun 1986
- Tahun 1998
- Tahun 2008
- Dan sekarang ini…..
Persoalannya adakah akan berlaku
pemotongan pengeluaran minyak di pasaran minyak mentah dunia? Wakil
kartel minyak Arab Saudi merangkap Menteri minyak Arab Saudi Ali
Al-Naimi :
“Ia sama sekali tidak akan berlaku”
Ini kerana Arab Saudi berharap dengan
kejatuhan mendadak harga minyak dunia akan menyebabkan lebih banyak
syarikat minyak Amerika ditutup gara-gara tidak mampu bertahan dengan
keuntungan yang mereka perolehi dengan kos yang terpaksa yang ditanggung
mereka. Selama mana? Tidak pasti…
Situasi bertambah buruk hari ini. Lain
yang dirancang Arab saudi dengan melambakkan minyak mentah di pasaran
dunia supaya harga terus jatuh dan jatuh sehingga memberikan tekanan
yang cukup hebat kepada syarikat minyak dari US, lain pula yang terjadi.
Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ini
syarikat minyak US lebih banyak dilihat “berdiam diri” tanpa berbuat
apa-apa dalam erti kata lain bertahan selagi mana yang boleh dengan
mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi masing-masing.
Keadaan Sebenar Lambakan Minyak di Pasaran VS Kejatuhan Harga Minyak Dunia?
- Masalah bertambah parah apabila sekatan terhadap Iran telah dihapuskan sehingga membolehkan Iran mengeluarkan sejumlah 400,000 tong minyak sehari.
- Di negara barat sahaja, terdapat sejumlah 3,000,000,000 tong minyak dalam simpanan mereka
- Ditambah dengan tambahan 1.1 juta tong minyak sehari yang dijangka berada dalam simpanan untuk tahun 2016 ini.
- Berdasarkan data yang diperolehi daripada EIA, Pengeluaran di Amerika Syarikat sahaja sudah mencecah 9 juta setong
Dan pakar-pakar minyak dan ekonomi telah
mengingatkan sekali lagi seriring dengan peringatan Goldman Sach dan
juga Citibank yang mana pemain industri minyak haruslah bersedia untuk
berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dunia yang lebih kejam daripada
yang kita lihat hari ini iaitu, US$20 setong.
Setong?
Apa sahaja kemungkinan bakal berlaku dengan data yang diperolehi hari ini.
Berita terkini mengenai laporan kewangan
Petronas mencatatkan, keuntungan bersih Petronas telah jatuh sebanyak
56 peratus menjadi hanya RM20.9 bilion. Petronas menjangkakan tahun yang
cukup mencabar bagi tahun 2016 dan juga tahu 2017 apabila mengunjurkan
harga minyak dunia jenis Brent akan berada sekitar 30 dolar setong pada
tahun ini.
P/S : Samada akan ada pekerja dan
kakitangan Petronas kena buang atau dikekalkan ataupun kena potong gaji,
dapat bonus Petronas atau tidak, dan juga butiran penstrukturan tenaga
kerja Petronas akan diumumkan dalam masa terdekat ini. - beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment