Gadis lapan tahun itu, yang dikenali
sebagai Rawan, telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40
tahun oleh keluarganya.
Beliau meninggal dunia di kawasan
barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi.
Pejuang hak asasi manusia, sedang
menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya
kanak-kanak tersebut ditangkap.
Para aktivis tersebut berharap
kematian kanak-kanak itu akan menghentikan amalan berkahwin dengan kanak-kanak
kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.
Ramai pihak yang mengecam tindakan
tersebut dengan mengatakan 'keluarga Rawan ‘bukan manusia’. Mereka tidak layak
untuk mempunyai anak-anak.'
Faktor kemiskinan dikatakan antara
punca utama mereka mengahwinkan anak-anak yang masih kecil kerana dikatakan
menerima beratus-ratus pound sebagai ‘mas kahwin’.
Malah menurut satu laporan, satu per
empat daripada penduduk wanita Yaman berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun.
Para aktivis di negara itu, mendesak
agar Parlimen membatalkan undang-undang yang memberi kebenaran kepada ibu-bapa
mengahwinkan anak-anak mereka yang dirasakan telah ‘bersedia’.
No comments:
Post a Comment