RAKAMAN video seorang gadis berbual dengan polis selepas ditahan
kerana dikatakan cuba mencuri motosikal mencuri perhatian netizen.
Gadis tersebut dilaporkan ditahan selepas rakan lelaki yang cuba
melakukan jenayah curi bersamanya lari meninggalkan dia di tempat
kejadian.
Berdasarkan gaya percakapan gadis itu sedang khayal malah masih selamba menghidu gam sambil menjawab pertanyaan yang diajukan.
Komen seorang pengguna Facebook pada video ini bagaimanapun
mendedahkan, gadis tersebut sememangnya dikenali di kawasan tertentu di
Melaka.
Dia dikatakan ‘popular’ kerana sering dilihat khayal selepas menghidu gam namun petah bercakap apabila diajak berbual.
Dia juga akan mengambil apa sahaja yang dilihat depan matanya apabila khayal termasuk baju, kasut, helmet dan lain-lain.
Menurut pengguna Facebook tersebut, gadis itu sudah beberapa kali
dihantar ke pusat pemulihan namun dalam masa singkat akan muncul
kembali, dipercayai selepas melarikan diri.
Diharapkan awek dalam video di atas dipastikan tidak lagi mengulang
perbuatan sama kerana amat menyedihkan pada usia muda dia memilih jalan
hidup yang merendahkan maruah diri sebagai perempuan. – mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment