ALKISAHYA seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Abd.
Rahim Zakaria, 65, dahulunya merupakan seorang yang pernah disanjungi
dan hidup serba mewah.
Dia pernah menjawat sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat
terkenal di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan seorang yang begitu
berpengaruh sewaktu ‘era’ nya sedang memuncak naik.
Namun, keadaannya kini berubah tidak lagi seperti dahulu daripada
seorang yang berjawatan sehingga pernah dianugerahkan pingat Khidmat
Cemerlang Masyarakat pada 2012.
Kini dia hanyalah seorang lelaki yang sudah hilang
segala-galanya. Kehidupan Abd. Rahim berubah ‘360 darjah’ apabila dia
disahkan menghidap penyakit parkinson dan kanser darah.
Lebih malang lagi dia dipulaukan oleh isterinya sendiri selepas mereka bercerai.
Abd. Rahim hidup merempat sebatang kara di sebuah surau dekat
pangsapuri Templer, Petaling Jaya, selepas dihalau tuan rumah sewanya.
Ternyata, dia mungkin tidak pernah menyangka hidupnya berakhir dalam situasi yang amat menyedihkan.. “Dalam keadaan saya yang sakit dan tidak sihat ini, terpaksa merempat dan tinggal di surau sebab tidak mempunyai tempat tinggal.
“Masa sihat, saya disanjung dan dihormati. Tetapi bila sakit,
semuanya hilang. Rakan-rakan juga hilang kecuali mereka yang senasib
dengan saya,” ujarnya yang dilaporkan sebuah portal tempatan.
Mujurlah Abd. Rahim mempunyai seorang anak angkat, Mohd. Rafi Karim,
30, yang sanggup menjaga dan menguruskan segala urusan ubat-ubatan
setiap hari.
Namun apa yang menyedihkan, Rafi dan keluarganya juga merupakan
seorang yang miskin, menyebabkan dia bersama ayah angkatnya itu pada
minggu lepas telah dihalau oleh pemilik rumah sewa.
“Saya bersama isteri dan anak berusia tiga tahun terpaksa keluar apabila tuan rumah tidak benarkan kami tinggal di situ lagi.
“Sudah seminggu saya cari rumah, tapi sampai sekarang tiada
siapa sudi beri bantuan. Penat lelah saya panjat tangga Majlis
Perbandaran Selayang dan pejabat kerajaan negeri setiap hari untuk
dapatkan rumah PPRT masih tak hilang.
“Setiap hari saya keluar cari rumah tapi tak jumpa. Kalau ada
pun tuan rumah minta bayaran pendahuluan hampir RM1,000. Mana saya ada
duit sebanyak itu. Kerja pun dah tiga hari tak pergi sebab sibuk cari
rumah,” katanya.
Mohd. Rafi bekerja sebagai pencari besi buruk dan gajinya bergantung
kepada berapa hasil yang diperoleh setiap hari, manakala isterinya pula
tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak.
Pengerusi Surau Pangsapuri Templer yang sekarang mereka duduki,
Zulkifli Ismail berkata pihaknya hanya boleh bantu setakat mana yang
boleh.
Tambahnya, keluarga berkenaan tidak tahu lagi ke mana arah hendak di
tuju, pelbagai aduan dan permohonan telah diadukan tetapi masih tiada
jawapan.
“Pihak JKM juga telah maklum mengenai perkara ini, namun menurut
pegawai yang datang melawat, mereka juga tidak dapat menempatkan kesemua
keluarga ini di JKM berikutan tiada tempat sesuai.
Alasan pihak JKM yang mengeluarkan jawapan aneh “tiada tempat sesuai”
seperti di atas sebenarnya langsung tidak boleh diterima kami dan tidak
masuk dek akal.
Kami tertanya-tanya apakah fungsi sebenar Jabatan Kebajikan
Masyarakat diwujudkan sekiranya masalah seperti yang dilanda oleh
keluarga ini seakan begitu sukar hendak diselesaikan?
Juga lebih hairan, apakah gunanya zakat dikutip setiap tahun jutaan
ringgit namun masih tidak dapat membantu golongan yang benar-benar
memerlukan bantuan seperti ini?
Kita sudah berada di tahun 2016 dan bukan lagi ditahun 1950-an.- mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment