Friday, 4 March 2016

Anak Trauma Ibu Bapa Sering Lakukan Se_ks Secara Terbuka

GAMBAR HIASAN

Sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyebabkan anak-anak perempuan mereka trauma akibat perbuatan pasangan itu yang sering melakukan seks di merata tempat di rumah mereka, secara terbuka.

Anak sulungnya yang kini berusia 23 tahun, telah keluar dari rumah terbabit ketika berusia 11 tahun kerana tidak tahan melihat ibu dan bapa tirinya yang tidak tahu malu itu.

Pasangan berkenaan juga sering berbogel di rumah mereka.

Mereka dihadapkan di mahkamah di Vevey, Switzerland. Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Siasatan polis bermula selepas jiran pasangan berkenaan melaporkan bahawa pasangan disyaki melakukan penderaan seksual ke atas anak mereka yang berusia lapan tahun.

Namun pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang bukti bahawa berlaku penderaan seksual. Polis bagaimanapun terus menyiasat bagi mencari punca anak-anak mereka menjadi trauma.

Menurut anak sulungnya, pasangan itu melakukan seks di ruang tamu, balkoni dan di dalam kereta tanpa cuba menyembunyikan perbuatan berkenaan.

“Mereka tidak pernah menutup pintu. Ada sekali tu dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta depan rumah. Saya masih ingat reaksi wajah mereka,’’ katanya. – mynewshub.cc

No comments: