Friday, 4 April 2014

Israel tawar RM262j kempen Al-Sisi

Penyokong Al-Sisi mula mengutip dana bagi memulakan kempen pilihan raya Mei ini.

KAHERAH - ISRAEL. Israel menawarkan AS$80 juta (RM262 juta) kepada bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebagai sokongan kempen pilihan raya presiden Mei ini.

Menurut laporan Al Monitor, sumber keselamatan Mesir mendedahkan perkara itu melalui butiran pertemuan antara pegawai-pegawai tentera Mesir dan Israel, dua minggu lalu.

Sumber sama turut membongkar, dua lawatan rahsia dilakukan Al-Sisi ke Israel pada dua bulan lalu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kempen terbabit.

Sebelum ini, pemimpin itu mengaku, pertemuannya dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu adalah untuk menyelaras keselamatan bersama dan menyelesaikan beberapa isu politik.

Agensi berita Quds Press melaporkan, selain menawarkan ganjaran wang, Netanyahu juga berjanji akan meyakinkan Amerika Syarikat untuk meneruskan bantuan ketenteraan ke Mesir.

Sebagai balasan, Netanyahu menggesa Al-Sisi supaya memberi tekanan kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menghentikan kempen menentang tentera Dahlan di sempadan Sinai yang sebelum ini pernah dimiliki Israel. - Al Monitor

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/global/

No comments: