Thursday, 3 April 2014

PNB sasar 200,000 pengunjung MSAM 2014

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) menyasarkan 200,000 pengunjung bagi Minggu Saham Amanah Malaysia 2014 (MSAM 2014) yang akan diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan bermula 20 hingga 27 April ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pihaknya berharap sasaran akan tercapai memandangkan populasi penduduk Kelantan 1.68 juta.

 “Selain itu, gabungan beberapa program baru yang lebih interaktif berserta program pendidikan pelaburan dan program keagamaan turut dijangka mampu memberi tarikan kepada MSAM 2014, sekali gus menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

“Bertemakan Pelaburan 360 PNB, MSAM 2014 juga turut memperkenalkan konsep taman tema bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran MSAM 2014 di Kuala Lumpur.

Mengulas pemilihan Kelantan sebagai lokasi MSAM 2014, Hamad berkata,  MSAM, pusingan pertama telah dilaksanakan pada 2000 di Kelantan.

No comments: