Sunday 28 June 2015

Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang?

Nampaknya sekarang ini acapkali rakyat Malaysia disajikan dengan kejutan terutamanya melibatkan skandal 1MDB, skandal terbesar dalam sejarah negara melihatkan tanggungan hutang sejumlah RM42 bilion.

Langsung dari utara (negeri Terengganu), bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said tampil di dewan undangan negari Terengganu membongkar apa sebenarnya yang berlaku di awal penubuhan 1MDB sebelum ini :
  • 1MDb asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA)
  • Permulaan modal berbayar TIA kerajaan Terengganu yang sediakan sejumlah RM1 juta
  • Kemudian ditubuhkan 1MDB selepas Terengganu menarik diri
  • 1MDB pernah mahu cagar hasil minyak dan gas Terengganu. Sampai begitu sekali? Dahsyat!!!
  • Walaubagaimanapun kerajaan Terengganu bertindak membatalkan urusan tersebut
  • Perdana Menteri Najib Razak marah dengan tindakan Ahmad said
  • Natijahnya, di situlah bibit-bibit awal Ahmad Said diberikan masa dan ditunjukkan jalan keluar (letak jawatan)
  • Dan, hari ini Ahmad Said bersedia tampil membongkar lebih banyak isu berkaitan skandal 1MDB Malaysia selepas ini.
1MDB ini menggunakan konsep “leveraging” iaitu dengan meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan (konsep “used other people’s money; Robert Kiosaki, “millionaires Next Door).
  • “End game”, model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kepada “Sang Penciptanya” dalam bentuk komisen (_________ & _____________), kerajaan
  • Malaysia mendapat “easy capital” untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia sekaligus mengatasi Singapura mahupun London.
  • Tetapi sayang, cerita Mat Jenin sudah lama berlalu dan kita sudah dengar sebelum ini dan juga permainan Skim Pak Man telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit.
Samalah juga dengan 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen di Malaysia kelak.

Lebih 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman daripada “Institusi pembankan Malaysia and GLC”. Sepertimana yang kita ketahui kesemua bank-bank dalam Malaysia terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk (bond) pula dilanggani oleh kesemua badan-badan kerajaan yang bergiat dalam pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak syarikat kerajaan dibawah Kementerian Kewangan.

Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion (unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian-pembelian janakuasa-janakuasa IPP dan tanah-tanah TRX & Sungai Besi. Nah…persoalan ini jugalah yang telah dibangkit Tun Mahathir sebelum ini.

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah:-

No comments: