Thursday, 25 September 2014

Proton Iriz RM42,438

PROTON Iriz ditawarkan dengan harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Tanjung Malim: Proton Holdings Bhd (Proton) yang sebelum ini menamakan model terbarunya sebagai Proton Compact Car (PCC) akhirnya mengumumkan secara rasmi nama model berkenaan sebagai Iriz dengan tawaran harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Iriz yang mempunyai nilai pelaburan RM560 juta itu dijangka menjadi penyumbang majoriti kepada 160,000 unit jualan keseluruhan model kenderaannya tahun ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod itu dapat dicapai bersandarkan tempahan Iriz sejumlah 17,000 unit sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu dan penghantaran pertama pada pertengahan Oktober ini.

Beliau berkata, Iriz juga akan menjadi faktor peningkatkan jualan bulanan Proton yang sebelum ini mencatatkan 16,000 unit sebulan namun sedikit menurun berikutan beberapa perkara.

"Iriz adalah model terbaru Proton yang mempunyai ciri terbaik dari segi reka bentuk dan teknologinya serta mendapat pengiktirafan daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP).

"Malah, dari segi keselamatan juga Iriz mempunyai standard yang tinggi setara dengan kehendak pasaran ekpsort global dan kita percaya ia akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat tahun ini," katanya pada pelancaran Iriz di sini, hari ini.

sumber : http://www.hmetro.com.my/
Oleh Hafiz Ithnin

No comments: