Tuesday 18 February 2014

Proton turun harga ikut keperluan

KUALA LUMPUR – Kumpulan DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) sedang mengkaji dan mempertimbangkan untuk menurunkan harga beberapa model Proton lain bergantung kepada liabiliti dan ekonomi semasa.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd. Kamil Jamil berkata, langkah itu diambil memandangkan DRB-Hicom mendapat respons positif daripada orang ramai setelah harga Proton Saga SV dan Proton Persona SV diturunkan mulai Mei tahun lalu.

“Proton Saga SV mencatat jualan 50,000 hingga 60,000 unit, manakala Persona SV dijual 1,000 unit pada bulan pertama selepas dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina dan penghuni Rumah Charis di Taman Lucky di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan Hal Ehwal Korporat DRB-Hicom Berhad, Datuk Carol Chan dan pengasas Rumah Charis, Teo How Ken serta pengurusan kanan Kumpulan DRB-Hicom.

Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan hampir RM5,000.

No comments: