Sunday 16 February 2014

Kadar Inflasi di Malaysia 2014 Melonjak Tinggi Kepada 3.4% (Tertinggi Dalam 9 Bulan)? Bersiap Sedia Rakyat Malaysia!

Kadar Inflasi di Malaysia 2014 : Semalam keluar berita, di mana Tun Mahathir sempat menemplak kerajaan Malaysia berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya selama ini mentadbir negara apabila melihatkan kadar inflasi di Malaysia yang tinggi ketika ini dan akan terus meningkat dan meningkat…..

Situasi yang agak bahaya kepada rakyat Malaysia. Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah (SEPERTI DIBUKTIKAN DI SINI) dibandingkan dengan Dolar Amerika & Dolar Singapore, kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik, lonjakan harga barang & kos sara hidup di Malaysia akhirnya meletakkan kadar Inflasi di malaysia 2014 kepada paras yang lebih tinggi iaitu 3.4%.

Punca kenaikan Kadar Inflasi di Malaysia 2014 naik?
  1. Kenaikan harga barang & kos sara hidup rakyat malaysia ketika ini
  2. Barangan semakin mahal berikutan rasionalisasi subsidi
  3. Pendapatan rakyat Malaysia kurang untuk membeli barangan sehingga menyebabkan pengurangan penggunaan untuk ekonomi
Inflasi Terkini
inflasi malaysia
Sebenarnya, pengiraan kadar inflasi di Malaysia hanya melibatkan kos bayaran perkhidmatan awam di mana kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat memilih” kadar rumah sewa.

Tetapi, bayangkan jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.4% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut. Apa respon balas anda pula?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kadar-inflasi-di-malaysia-2014