Sunday 25 October 2015

Kontraktor ghaib 75 hari hidup semula

PENDUDUK kampung mengangkat Azhar selepas menemuinya dalam keadaan tidak bermaya dan diselaputi lumpur di kawasan jeti nelayan Batu 4, Jalan Genting, Klang kelmarin.

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

KLANG – Misteri kehila­ngan seorang kontraktor landskap, Azhar Muhammad, 45, selama 75 hari berakhir dengan kisah pelik yang menakjubkan apabila dia ditemui orang ramai dalam keadaan masih hidup serta diselaputi lumpur di jeti nelayan Batu 4, Jalan Genting, Kampung Rantau Panjang, Klang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Azhar yang dikenali sebagai DJ Kahong pergi ke jeti yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk mencari siput belitung di kawasan hutan bakau kira-kira pukul 7 malam. 

Ketua UMNO cawangan Kawasan Tengah Batu 4, Jalan Genting itu bagaima­napun hilang dan gagal dikesan sekitar pukul 11 malam hari berkenaan.

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama dua hari dengan bantuan anjing pengesan sebelum menghentikan operasi selepas gagal mengesan jejak mangsa. 

Menceritakan misteri kehilangannya selama lebih dua bulan itu, ujar Azhar, kira-kira pukul 11 malam semasa berada di kawasan paya ber­kenaan, dia telah didatangi seorang lelaki tua yang memakai baju putih.

“Dia kemudiannya membahasakan diri sebagai ‘Mbah’ sebelum mengajak saya untuk ke satu tempat tidak jauh dari situ. 

“Dia mula memberitahu saya yang dia kenal semua susur galur keturunan saya.

“Selain itu Mbah turut menyerahkan beberapa barang kepada saya antaranya tali kuning, sebilah keris dan se­utas tasbih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang di sini semalam. 

sumber : kosmo.com.my/

No comments: