Friday, 30 October 2015

Plaza Rakyat akhirnya dibangunkan

GAMBAR atas yang dirakamkan pada tahun 2008, manakala gambar terbaru semalam menunjukkan tiada sebarang pemulihan dilakukan ke atas Plaza Rakyat, Kuala Lumpur dalam tempoh tersebut. 

KUALA LUMPUR – Bangunan Plaza Rakyat pernah digambarkan bakal menjadi bangunan ikon Kuala Lumpur pada tahun 1990-an lantaran kehebatannya merangkumkan kompleks beli-belah tujuh tingkat, hotel, pusat hiburan, pawagam, kondominium dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di bawah satu bumbung. 

Namun, hanya tiga tahun selepas mula dibina pada tahun 1994, projek pembangunan Plaza Rakyat tergendala akibat kegawatan ekonomi dan akhir­nya bangunan separuh siap itu terbiar usang menjadi sarang penagih dadah serta pembiakan nyamuk. 

Dari minggu, bertukar bulan dan tahun, malah telah berselang tujuh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Plaza Rakyat masih menjadi bangunan terbengkalai yang mencacatkan pemandangan ibu kota. 

Bagaimanapun, pembentangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) di Dewan Rakyat semalam memberi khabar gembira buat warga kota apabila selepas 20 tahun terbiar, Plaza Rakyat bakal dihidupkan semula.

Menurut Tengku Adnan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memilih sebuah syarikat baharu iaitu Profit Consortium Sdn. Bhd. bagi me­laksanakan projek pemulihan Plaza Rakyat dengan fasa perjanjian jual beli diselesaikan bulan depan sebelum kerja-kerja di tapak bermula. 

sumbe : kosmo.com.my/

No comments: