Monday 26 October 2015

Nikmati penjimatan RM400 hingga RM600

 


Oleh Hayati Ibrahim

Cyberjaya: Golongan berpendapatan sederhana (M-40) akan menikmati penjimatan antara RM400 hingga RM600 setiap tahun melalui beberapa pelepasan cukai baru. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata, walaupun mereka tidak memperoleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi golongan berkenaan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai yang diumumkan pada perbentangan Bajet 2016 Jumaat lalu.

"Antara yang dinikmati termasuk kenaikan pelepasan cukai terhadap anak, ibu bapa dan yuran pengajian.
"Jadi, ini akan menambah jumlah pendapatan boleh guna dan membantu mereka menikmati kualiti hidup lebih baik,"katanya pada sidang media selepas merasmikan taklimat Bajet 2016 di Menara LHDN di sini, petang tadi.

M40 adalah kelompok isi rumah berpendapatan RM3,860-RM8,320 

sumber : hmetro.com.my/

No comments: