Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik
Abdul Aziz menegaskan beliau tetap protes kepada BN meskipun tidak turut bangun
bersama PKR, DAP dan Amanah di Parlimen sambil mengangkat poster 'Mana RM
2.6b?'.
Menurutnya, dalam duduk, berdiri mahupun rebah, beliau tetap menentang Bajet 2016 yang disifatkan sebagai 'bajet panadol'.
"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana RM 2.6b?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet.
"Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya. Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun," katanya melalui satu status di Facebook.
Jumaat lalu, barisan ahli Parlimen pembangkang mengangkat plakad 'mana RM 2.6 b?' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016.
Namun, kelihatan ahli Parlimen Pas seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan tidak menyertai barisan pembangkang mengangkat poster yang sama.
Sehubungan itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa untuk menentang pengkhianat, beliau hanya perlu bersama ALLAH dan rakyat.
"Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat. Saya hanya perlu bersama rakyat selepas ALLAH," katanya.

sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment