Pada ketika Berita Semasa berada di luar kalangan pelancong mula melemparkan
soalan kepada Berita Semasa “what’s happening in your country”.
Nah….melihatkan sahaja laporan berita di portal berita terkemuka dunia hari
ini termasuklah di Wall Stret Journal, Guardian UK, Telegraph, The Sydney
Morning Herald, Bloomberg sehingga adakalanya berita mengenai Najib dan perkembangan
terkini yang berlaku di Malaysia menjadi trending di luar negara.
Terbaru dengan perkembangan usul undi tidak percaya
Rakyat Malaysia tidak mahu negara Malaysia menjadi popular dan diangkat
sebegini rupa.
Ada tokoh politik mengatakan ada berbagai cara untuk menunjukkan jalan keluar
kepada Najib Razak untuk terus menduduki kerusi panas sebagai perdana Menteri
Malaysia. Termasuklah :
- Usul Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen
- Melalui Majlis raja-raja
- Majlis tertinggi UMNO sendiri menolak Najib Razak
Mengapa mereka nampak galak untuk diadakan usul undi tidak percaya Najib
Razak di Parlimen?
Semuanya dikatakan berpunca daripada ketidakyakinan mereka melihat cara
bagaimana Najib Razak dan saf kepimpinannya menguruskan hasil mahsul negara
Malaysia dan ditambh pula dengan isu 2.6 bilion Najib Razak yang masih lagi
penuh misteri dan tergantung sehingga ke hari ini sehingga meninggalkan seribu
satu persoalan kepada rakyat Malaysia amnya dan masyarakat dunia umumnya yang
terus tercari-cari jawapannya.
Berjaya Usul Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen?
Walaubagaimanapun, pada pengamatan Berita Semasa melihatkan iklim politik
dan gerak-gerak ahli politik di Malaysia baik daripada pembangkang mahupun
kerajaan sekalipun pada hari ini, bagi Berita Semasa ia sama sekali tidak
berjaya walaupun berjaya diadakan usul tidak percaya Najib Razak di Parlimen sekalipun. Tidak mudah…
Dan Berita Semasa jangkakan Najib Razak akan terus memegang kuasa sebagai Perdana
Menteri Malaysia sehinggalah menjelangnya Pilihanraya Umum ke 14 yang mana
tarikh mandatnya bakal berakhir tahun 2018 kelak.
Dan pada masa itulah satu lagi pertempuran politik yang lebih panas daripada
pentas Pilihanraya Umum 2013 yang lalu akan berlangsung. Nah…ini mungkin
pengamatan Berita Semasa, apa pula kata anda?
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment