CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membangunkan sistem baharu untuk membolehkan rebat kad prabayar telefon bimbit dikreditkan secara automatik kepada 28 juta pemilik akaun warga Malaysia mulai 1 Januari depan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, melalui sistem itu pengguna akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuk masa berbual secara automatik.
Beliau berkata, sistem baharu itu akan membezakan pemilik akaun warga Malaysia dan warga asing berdasarkan nombor telefon dan maklumat yang sudah didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi (telco) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mulai 1 Januari depan, pengguna akan dapat apa yang mereka mahukan. Sekiranya penguna membeli kad prabayar pada harga RM10, mereka akan mendapat nilai panggilan pada harga RM10 berbanding pada masa ini, mereka membayar pada harga RM10.60 tetapi mendapat nilai panggilan hanya RM10 sahaja.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment