Monday, 26 October 2015

Ibu kecewa, bosan jatuh kondo


Di sebuah blok kondominium (kanan) di Jalan 1/112H off Jalan Kerinchi inilah lokasi Jearu ditemui mati kelmarin.

Oleh MALINDA ABDUL MALIK 

KUALA LUMPUR – Seorang akauntan yang baru sepuluh hari menimang cahaya mata sulung ditemui maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondomi­nium di Jalan 1/112H off Jalan Kerinchi, Bangsar South di sini kelmarin.

Sebelum tragedi pada pukul 10.06 pagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Jearu, 30, berada di rumah bersama pembantu rumah dan bayi lelakinya. Suami mangsa tiada di rumah kerana membawa ibunya yang tinggal di Petaling Jaya ke pasar. 

Semasa bayinya menangis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang tisu menyuruh pembantu rumah memberikan susu kepada bayinya sebelum wanita itu menghilangkan diri.

Ketua Polis Dae­rah Brickfields, Asis­ten Komisioner Sha­rul Othman Mansor (gambar kecil) ber­kata, pihaknya me­ne­rima panggilan daripada pengawal keselamatan kediaman itu memaklumkan menemui mayat seorang wanita dipercayai terjatuh dari balkoni di tingkat 16. 

sumber : kosmo.com.my/

No comments: