Video Datuk Najib Diserang Rakyat Malaysia di Kota
London!!
Setakat yang kami ketahui, belum pernah dalam
sejarah Malaysia rakyat Malaysia begitu berani nyatakan
bantahan dan menghentam Perdana Menteri secara terbuka dihadapan
khalayak begini.
Kalau dahulu, Tun Dr Mahathir yang pernah
diserang dengan semburan pemedih mata, itu pun ketika beliau sudah bergelar
sebagai mantan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, kejadian yang dihadapi Datuk
Najib ketika beliau menghadiri satu majlis bersama rakyat Malaysia di Kota
London.
Acara Datuk Najib Razak di Kota London
- Melancarkan Rakan Barisan Nasional UK pada Isnin petang (kelmarin)
- Bertemu dan beramah mesra dengan komuniti Malaysia di United Kingdom pada majlis Bersama Perdana Menteri di dewan konsert The 02 arena, Greenwich, Timur London yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang malam kelmarin
- Menghadiri majlis resepsi yang diadakan Putera Wales, Duli Yang Maha Mulia Putera Charles empena penganugerahan Charter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) pada malam tadi di di St James Palace
Dan pada malam kelmarin itulah berlakunya sedikit kontroversi yang
mencacatkan sedikit perjalanan Datuk Najib
Razak ke sana….
- Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London sambut dengan laungan slogan BERSIH oleh kalangan yang hadir
- Sorakan slogan itu menyebabkan Datuk Seri Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan meminta supaya sorakan itu dihentikan
- “Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Datuk Najib seperti dirakamkan dalam satu video Youtube seperti di bawah ini
- Rayuan Datuk Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.”Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu itu di majlis tersebut.
- Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.
- “Anda boleh jumpa saya kemudian ok…bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Datuk Najib.
Semakan kami di laman Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) menunjukkan peraturan melibatkan kategori pengundi luar negara, mereka
yang layak mengundi adalah:
- i) Kakitangan awam dan pasangan kakitangan awam yang bekerja di luar negara
- ii) Pelajar sepenuh masa dan pasangan pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara (tajaan Kerajaan atau sendiri)
- Mereka yang tidak termasuk dalam kategori di atas perlu pulang ke Malaysia untuk mengundi mengikut lokaliti masing-masing. Maklumat lanjut berhubung dengan kategori mereka yang boleh mengundi juga boleh dirujuk dalam laman web rasmi SPR. http://www.spr.gov.my
Video Najib Razak di London : Apa Puncanya?
Secara jujurnya, perbuatan sebegini
(memekik-mekik ketika orang lain nak berucap) adalah tindakan tidak
beradab sama sekali. Namun, kita lihat dari perspektif lain, kenapa
‘tergamak orang itu membuat tindakan kurang ajar sebegini’ rupa? Mengapa?
- Adakah sudah tiada lagi saluran untuk mereka-mereka ini meluahkan apa yang ingin mereka sampai dan kongsikan?
- Adakah jika saluran sudah dibuka kepada umum untuk menyuarakan pendapat, adakah ada akan ada kemungkinan ditapis habis-habisan. Bukan tidak boleh tapis, tetapi adakah tapisan yang dilakukan sehingga ke “tahap nano”?
- Adakah setiap suara yang ingin disampaikan tidak akan ada kemungkinan diseleweng faktanya?
Natijahnya?
Adakah ini jalan yang terbaik untuk rakyat Malaysia meluahkan apa jua isi
hatinya seperti dalam Video Najib razak di London ini?
beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment