Baru-baru ini, saya berurusan dengan
pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di
pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana
orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar
waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara
masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.
Sejak bila ada tercatat di papan tanda
pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus
anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum
sebanyak enam kali sehari.
Namun inilah yang berlaku di kebanyakan
pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu
ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di
situ.
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk
waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk
keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor
kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam
yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan
kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat
Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di
hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah
pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu
rehat hanya sejam di tengah hari.
Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya
Kepada pegawai atasan, sila menyelia
pegawai dan kakitangan anda dengan seeloknya, kenakan tindakan tegas
kepada pegawai atau kakitangan yang sibuk melepak di kedai kopi tidak
mengikut jadual kerajaan yang telah ditetapkan untuk mereka hingga
mengabaikan kerja sendiri yang akhirnya menyebabkan pelanggan / rakyat
yang berurusan menjadi mangsa.
Ingatlah bahawa pentadbiran awam adalah
cermin kerajaan, jika cermin buruk dan huduh, maka akan nampak huduhlah
kerajaan pada pandangan rakyat.
Jika bekerja dengan pihak swasta,
sesiapa keluar minum waktu bekerja, balik pejabat, maka terimalah amaran
keras daripada pihak atas dan majikan malah lebih teruk lagi mungkin
surat berhenti kerja dari majikan, jadilah pekerja yang berkualiti.
Perlukan pengorbanan untuk menjalankan
tugas dengan baik. Ada sesiapa di sini yang pernah mengalami masalah dan
kesulitan seperti mana yang Puan Azrinaz alami.
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment