Tuesday, 1 September 2015

Rakyat Johor bakal menikmati WiFi percuma


JOHOR BAHRU: Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot WiFi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya, projek WiFi Percuma Johor adalah hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.

Beliau berkata, hasil kajian itu menunjukkan 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

"Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini Dataran Bandaraya Johor Bahru adalah lokasi pertama daripada 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi. - Bernama

sumber : hmetro.com.my

No comments: