Wednesday, 3 February 2016

Mukhriz Tak Puas Hati Dengan Takdir Allah???


Kemelut Menteri Besar Kedah yang melanda beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya terjawab, apabila Datuk Seri Mukhriz sebentar tadi telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta hari ini.

Walaupun Mukhriz telah mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman, Mukhriz dalam kenyataannya menyatakan dirinya terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan cuba menyalahkan takdir yang telah ditentukan Allah.

Mengapa Mukhriz menyalah takdir yang telah ditakdirkan Allah ini?? Mukhriz seharusnya belajar menerima takdir yang telah ditetapkan Allah untuk dirinya yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sehingga hari ini.

Menurut kenyataan akhbar terakhir Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, perletakan jawatan beliau dibuat disebabkan ada pihak yang cuba membunuh karier politiknya kerana lantang bersuara bersama bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Perkara ini (letak jawatan) terpaksa dilakukan akibat daripada gerakan untuk menjatuhkan saya dari jawatan tertinggi Kerajaan Negeri, sekaligus cubaan menutup mulut saya dari terus menjadi suara rakyat dalam pelbagai isu nasional" kata Mukhriz.

Dakwaan Mukhriz mengatakan penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah untuk menutup mulutnya dan cuba membunuh karier politiknya amat disangkal sama sekali... Walaupun Mukhriz disingkirkan sebagai Menteri Besar, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih menawarkan jawatan kepada Mukhriz sebagai menteri dalam barisan kabinet.

Jika benar dakwaan bahawa penyingkiran Mukhriz sebagai langkah membunuh dan menutup mulut, sudah pasti Najib tidak menawarkan jawatan yang lebih tinggi kepada Mukhriz... Dengan lantikan sebagai menteri dalam kabinet, Mukhriz masih mampu menjadi suara rakyat.. Jadi dakwaan untuk menutup mulutnya sebagai suara rakyat adalah mengarut sama sekali.

Menyentuh mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri itu rasanya sudah pun selesai, dan tidak perlu dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak termasuklah dari pihak Mahathir sendiri. - AndyBolat/Utaranews.com

No comments: