Pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik namun ia langsung
tidak memberikan sebarang makna kepada Ashton Colby, 23, dari Columbus
Ohio.
Malah kecantikan wajah dan bentuk badan yang menarik juga tidak mampu
`memikat’ hatinya untuk terus menjadi seorang wanita sebaliknya dia
memutuskan untuk menjadi lelaki.
Ashton, yang suatu masa lalu menjadi pujaan ramai lelaki, kini hidup sebagai lelaki bersama teman wanitanya.
Dia menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 17 tahun dan
pertandingan terakhir yang disertainya adalah Miss Ohio, iaitu
pertandingan yang mampu membawanya hingga ke peringkat Miss Amerika.
“Hati saya melonjak-lonjak untuk menjadi lelaki dan apabila saya
menukar jantina, orang ramai masih tidak faham kenapa saya mahu menjadi
lelaki sedangkan saya seorang gadis yang cantik.
“Menjadi gadis cantik bukanlah sesuatu yang saya impikan sebaliknya
saya lebih gembira sebagai lelaki, malah saya langsung tidak rindukan
suasana berpakaian cantik dan solekan,’’ katanya yang enggan mendedahkan
identiti sebenar.
Menurut Ashton, selepas pertandingan Miss Ohio, dia mula menonton
YouTube mengenai gadis sebayanya yang menukar jantina dan selepas itu,
barulah dia mempunyai keyakinan untuk menerima diri sendiri.
Pada Februari 2012, Ashton mula menjalani kehidupan sebagai lelaki menyebabkan rakan-rakan dan keluarganya terkejut.
Mereka juga tidak memahami kenapa dia mahu meninggalkan kehidupan sebagai seorang wanita yang cantik.
Namun Ashton tidak peduli dengan pandangan orang lain dan kini dia
menumpukan kepada usaha membesarkan otot-otot untuk kelihatan sasa.
sumber : mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment