Friday, 5 February 2016

Harga Rumah BN Hanya RM80,000

PUTRAJAYA – Harga setiap Rumah Bina Negara (Rumah BN) yang bakal dibina khusus untuk belia luar bandar yang dijangka berharga tidak melebihi RM80,000 bagi membolehkan mereka mendapatkan pinjaman dan membayar ansuran sebanyak RM250 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya rumah jenis teres dan banglo akan dibina untuk program tersebut. Bagaimanapun ia tidak termasuk peralatan tambahan yang menjadi punca peningkatan harga.

Katanya, rundingan dengan pihak bank perlu dilakukan untuk memudahkan urusan pinjaman kerana rata-rata belia luar bandar tidak mempunyai slip gaji atau pulangan perniagaan yang tetap.

“Antara usaha yang akan dilakukan termasuk berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan pengesahan dari ketua kampung mengenai pekerjaan pemohon. Beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk pembinaan iaitu 2,000 di kawasan Risda dan 2,000 lagi di kawasan Felcra Bhd.

sumber : http://www.kosmo.com.my/


No comments: