Kulim, 4 Feb: Tindakan seorang lelaki menyamun di sebuah kedai
runcit di Jalan Kelang Lama di sini membawa padah apabila tangan kirinya
putus akibat ditetak dengan parang dalam kejadian yang berlaku semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.45 malam itu, lelaki tersebut
terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila melarikan diri sejauh
kira-kira 60 kilomter untuk mendapatkan rawatang di Hospital Sultan
Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani sebelum ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad,
kejadian tersebut bermula apabila dua suspek memasuki kedai tersebut dan
mengeluarkan sebilau pisau dan parang ke arah seorang wanita 59 tahun
dan anak lelakinya yang berusia 35 tahun.
Menurut beliau, salah seorang suspek bertindak menarik rambut wanita
tersebut menyebabkan anak mangsa cuba membantu lalu berlaku pergelutan.
"Dalam pergelutan itu, anak mangsa mencapai sebilah parang yang
diletakkan dalam kedai sebagai langkah keselamatan menyebabkan
pergelangan tangan kiri suspek terputus selepas terkena parang itu.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal
dengan meninggalkan pergelangan tangan kiri di luar kedai berkenaan," katanya.
Menurut beliau juga, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian
kemudian menerima maklumat bahawa supsek mendapat rawatan di HSAH kerana
putus pergelangan tangan.
Sepasukan polis kemudian menahan suspek manakala rakannya yang berusia 20-an dipercayai melarikan diri.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment