JASIN: Sebuah tragedi yang menyayat hati dengan tidak disangka telah
menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun selepas beliau
ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam
kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai,
di sini, semalam.
Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang bermain-main di
kawasan empat lubang kumbahan najis berkenaan sedalam 3.6 meter ketika
waktu rehat kira-kira 4.45 petang bersama rakan-rakannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Masri
Ibrahim berkata, seramai lapan termasuk satu pegawai bergegas ke
lokasi selepas menerima panggilan jam 4.53 petang dan sampai 18 minit
kemudian.
“Sebaik sahaja sampai, kita dapati keempat-empat lubang kumbahan
dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi air najis sedalam
kira-kira 12 kaki.
"Sebaik operasi menyedut air dilakukan, anggota bomba mula memasuki
ke dalam tangki sebelum menemui mangsa tidak sampai seminit,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Bagaimanapun menurut Masri, kanak-kanak itu disahkan sudah meningal
dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Merlimau dan dibawa ke
Hospital Muar untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, kejadian
diketahui semasa seorang murid memberitahu guru besar yang berada di
kantin bersama guru dan murid lain.
“Murid tu kata: 'Cikgu, ada budak masuk air’. Bila ditanya lanjut
murid tu beritahu budak berkenaan masuk dalam lubang kumbahan di
belakang sekolah sebelum semua bergegas ke situ.
"Lubang ini sebelum ini ditutup dengan fiber (gentian kaca) dan kawasan ini tidak berpagar,”
katanya ketika ditemui, di sini.
sumber : siakapkeli.my/
No comments:
Post a Comment