GUJARAT: Lebih 1,000 semut gergasi dikeluarkan dari telinga seorang budak perempuan selepas doktor mengesan sarang serangga itu.
Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila Shreya Darji, 12 dibawa ibu
bapanya menemui doktor pakar apabila anak sering mengadu tidak selesa
pada telinganya sejak Ogos lalu.
Berasal dari Deesa di barat India, Shreya terpaksa berhadapan situasi
pelik apabila sekurang-kurangnya 10 sebut akan keluar dari telinganya
setiap hati.
Pakar unit leher, hidung dan telinga di sebuah hospital di sini, Dr.
Jawahar Talsania berkata, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu normal.
“Dia juga tidak mengalami kesakitan, malah tiada kerosakan dikesan pada gegendang telinganya," kata Jawahar.
Sementara itu, bapa Shreya, Sanjay Darji, 40, berkata,semut itu akan
keluar dari telinga anaknya setiap hari, termasuk ketika di sekolah.
Pengusaha bengkel membaiki televisyen itu berkata, dia terpaksa
membawa anaknya menemui doktor kerana keadaan Shreya semakin teruk.
“Saya telah melakukan apa yang saya mampu namun semua usaha itu gagal
setakat ini kerana masih ada semut di dalam telinganya,’’ katanya.
sumber : mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment