Lelaki bertindak menetak isteri sehingga mati sebelum menggantung
dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth di sini, pada
4.45 petang ini.
Dalam kejadian itu, wanita warga Thailand dianggarkan lingkungan
30-an maut ditetak suaminya warga tempatan di hadapan pintu rumah mereka
disini.
Difahamkan, mangsa ditetak beberapa kali di kepala dan badan oleh
lelaki berkenaan sebelum mayatnya dibiarkan terlentang di atas penutup
longkang.
Sumber berkata, suami mangsa masuk ke dalam rumah dan megunci pintu dari dalam dan membuka gas masak rumahnya.
Katanya, polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian memecahkan pintu
rumah sebelum menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik
tidur utama rumah.
Pihak bomba juga dipanggil ke lokasi kejadian bagi memastikan keadaan terkawal.
sumber : http://eberita.org/
No comments:
Post a Comment