Tuesday 26 January 2016

Video: Zalimnya, Kucing Bertarung Nyawa Akibat Diracun


VIDEO seekor kucing dalam keadaan seksa menahan kesakitan selepas termakan racun dipercayai perbuatan individu tidak bertanggungjawab kini tersebar di laman sosial.

Menurut maklumat yang dikongsikan di Facebook Rusydi Cruz, haiwan jagaannya itu dipercayai telah dizalimi individu tertentu.

Dakwanya, itu merupakan kejadian kali kedua kucing peliharaannya diracun hingga mati.

Mati lagi kucing aku kena racun..korang rasa ape yg patut aku buat dengan jiran sebelah rumah aku tu…dah lama sabar tapi makin sabar makin geram pulak aku ni,” tulisnya.

Di bawah, kami kongsikan video menyayat hati keadaan kucing yang bertarung nyawa selepas diracun.

Amaran: video ini boleh mengganggu perasaan pencinta haiwan!!


Kucing menahan kesakitan akibat diracun jiran oleh mynewshub
 
Apakah agaknya kesalahan kucing tersebut sehingga tergamak pelaku bertindak kejam terhadapnya yang tidak berupaya melawan kudrat manusia. 

Posting yang dimuat naik oleh Rusydi pada petang kelmarin, menerima lebih 2,000 perkongsian dan puluhan komen yang rata-rata berang dan berharap kematian kucing itu mendapat pembelaan. – mynewshub.cc/

No comments: