Thursday, 28 January 2016

(Video) Pemandu Bas Ekspress Didakwa Pukul Penumpang Kerana Tidur Di Tempat Tidur Pemandu


Sejak semalam tersebar di laman sosial Facebook sebuah video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah bas ekspres memukul seorang penumpang.

Menurut sumber, lelaki berkenaan didakwa bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan penumpang berkenaan yang tidur di tempat tidurnya dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke Melaka.

Menurut sumber juga, lelaki itu dikatakan menghentikan bas berkenaan sebanyak tiga kali dan melempang, menendang dan memukul muka mangsa menggunakan selipar.

Rata-rata netizen menempelak sikap pemandu bas berkenaan kerana tindakannya itu disifatkan mereka sebagai keterlaluan. Apapun harap pihak polis dapat menyiasat kes ini. - Siakapkeli.my


No comments: