Wednesday, 27 January 2016

Polis Buru Peluncur Extreme Yang Viral Di Media Sosial


SEREMBAN: Pihak Polis Di Raja Malaysia telah menyiasat identiti peluncur yang menjadi viral di laman sosial apabila peluncur berkenaan telah melakukan aksi ekstrem 'street lugging' atau meluncur menuruni bukit dengan berbaring di atas papan selaju di Jalan Seremban-Jelebu di sini, semalam.

Memetik laporan BH Online, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat maklumat awam mengenai aktiviti ini di mana ianya membahayakan peluncur itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Aktiviti sedemikian tidak sepatutnya dilakukan di atas jalan raya terbuka dengan kehadiran kenderaan lain kerana jelas terlalu berbahaya.

"Kita sedang mengumpul maklumat mengenai identiti peluncur itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini, hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 5 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok, di dalam laman Facebook beliau dimana ia menunjukkan aksi seorang lelaki sedang meluncur laju menggunakan jalan raya awam dan memotong kenderaan lain sambil berbaring atas papan selaju.

Seng Kok berkata, dia yang memandu di jalan berkenaan terkejut dipotong dari arah kiri oleh peluncur terbabit di satu selekoh dan tidak dapat membayangkan jika dia terbabas dan peluncur itu digilis kenderaan. - Siakapkeli.my

No comments: